Musim pertama Famili Ceria

Rancangan ini telah disiarkan pada hari Isnin-Ahad bermula jam 5:30 petang. Musim pertama rancangan ini pengacaranya ialah Redzuawan Ismail (Chef Wan). Pada tahun 2004, Famili Ceria musim pertama ditayangkan 3 kali sehari, iaitu pukul 10:30 pagi, 5:30 petang, dan 10:00 malam. Ketika rancangan ini mula ditayangkan di TV3 sejak Isnin, 8 November 1999 sehingga Ahad, 7 November 2004, rancangan ini membuat rekod sebagai rancangan permainan dengan episod terbanyak di Malaysia, iaitu 2500 episod. Rancangan ini ditayangkan sehingga 27 November 2005.